Universiti Teknologi Malaysia, melalui fakultinya, Razak Faculty of Technology and Informatics (UTM RAZAK), menawarkan program terbaik untuk industri anda dan peringkat kerjaya anda. Ini selaras dengan kedudukan UTM sebagai "Top 10 University" di South East Asia. Selain itu semua diploma program UTM RAZAK telah punyai akreditasi MQA.
Graduan UTM, idaman industri
*QS World University Rankings 2019
UTM International Campus
Kuala Lumpur
UTM Skudai Campus
Johor Bahru
UMS Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
UITM Bertam
Pulau Pinang
Ini adalah program pengurusan perniagaan 'flagship' untuk UTM Razak School. Kejuruteraan di dalam program ini bukanlah ke jurus kontek teknikal tetapi ianya kepada kontek mendidik anda menjadi sebagai seorang pengurus yang berfikiran process and result oriented seperti seorang jurutera.
Program khusus untuk menyediakan anda yang didalam bidang fasiliti dengan gabungan pengetahuan formal dan praktikal berkaitan dengan pengurusan fasiliti dan aset bagi pengurusan yang lebih efisien.
Program ini menawarkan pengetahuan menyeluruh yang berkaitan dengan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan disamping menyediakan anda dengan gabungan pengetahuan praktikal dan pembelajaran formal yang diperlukan untuk kerjaya yang lebih memuaskan.
Laluan diploma akreditasi MQA terbaik untuk anda, samada sedang bekerja atau berniaga untuk membangunkan kemahiran dan pengetahuan untuk diaplikasikan di alam pekerjaan dan perniagaan.
Peluang untuk graduat selepas 30 bulan berbanding 42 bulan kerana pelajar mengambil satu modul satu bulan.
Graduat lebih awal
Hanya satu modul setiap sesi. Ini memudahkan anda yang sibuk untuk menyusun waktu pembelajaran mengikut kesesuaian jadual kerja dan keluarga. Walaupun tertinggal satu modul, anda boleh terus sambung untuk modul seterusnya.
Sistem Modular yang Fleksibel
Hanya perlu selesaikan modul dan projek akhir untuk graduat dan anda hanya perlu bersemuka dengan pensyarah dua hari untuk setiap modul. Kelas pula hanya pada hujung minggu.
Kuliah hanya dua hari sahaja
Selepas graduat, anda boleh mohon untuk program pengajian di peringkat ijazah dalam bidang yang berkaitan ataupun program pengajian di peringkat ijazah sarjana melalui kriteria kemasukan menggunakan laluan Pengakreditan Pengalaman Pembelajaran Terdahulu (APEL).
UTM telah disenaraikan sebagai "Top 10 University" di South East Asia oleh QS World University Rankings 2019
Universiti Terbaik Malaysia bertaraf dunia
Bertujuan untuk memberi anda yang terbaik dari dunia teori akademik dan aplikasi teori dunia sebenar.
Pensyarah dari fakulti dan industri
Meletak 'applied knowledge' sebagai objektif utama semasa membuat penilaian. Anda dinilai melalui tugasan akhir modul dan penilaian di dalam kelas sahaja.
Tiada Peperiksaan. Penilaian melalui tugasan
Sokongan khusus untuk membantu proses pembelajaran anda berjalan lancar. Nota Kursus juga disediakan untuk anda. Kegunaan perpustakaan UTM dan lain-lain kemudahan dan sumber pembelajaran.
Sokongan untuk pelajar
Penceramah dari industri dijemput dari semasa ke semasa untuk berkongsi ilmu
Penyelia akademik dan penyelia industri untuk membantu dalam menghasilkan karya yang berkualiti
Industri Seminar dan Projek
Pelajar mempunyai cara pembiayaan seperti berikut:
Ansuran Bulanan
Pengeluaran KWSP Akaun 2
Pinjaman PTPTN
Pinjaman Bank (Pendidikan)
Pinjaman Koperasi
Yayasan-yayasan Pendidikan
Pembiayaan yang mudah
Program ini menerima pengiktirafan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Selain daripada itu, UTM juga adalah sebuah universiti yang diberi status "self acreditation" oleh Kementerian Pendidikan untuk membuat pengiktirafan sendiri.
Punyai Pengiktirafan
Dikelolakan oleh Fakulti Perdana UTM
UTM Razak School adalah peneraju bagi program Diploma Eksekutif di Malaysia
Razak Faculty of Technology and Informatics (UTM Razak School) merupakan sebuah fakulti di UTM. Ditubuhkan pada bulan Mei 2010, ianya bertujuan menjadi pelopor dalam bidang pengurusan perniagaan kejuruteraan dan teknologi dan pengurusan fasiliti samada dari segi akademik atau penyelidikan di peringkat global.
Assoc. Prof. Dr. Astuty binti Amrin
Dekan
Dr. Fatimah Binti Salim
Ketua Unit, Executive Diploma Program
Assoc. Prof. Dr. Khairur Rijal bin Jamaludin
Timbalan Dekan
Prof. Ir. Dr. Sha'ri Mohd Yusof
Dr. Rasheed Mohamed Kutty
Assoc. Prof. Dr. Khairur Rijal bin Jamaludin
Assoc. Prof. Astuty Binti Amrin
Dr. Wan Normeza Wan Zakaria
Dr. Mohamed Azlan Bin Suhot
Muhammad Faiz Ahmed
Shamsul Afzan Mat Salleh
Dr. Rozzeta Binti Dolah
Belajar dari pakar akademik dan industri
Reputasi program Diploma Eksekutif UTM RAZAK bermula dengan reputasi ahli fakultinya.
Ahli fakulti UTM RAZAK terdiri daripada individu yang komited dalam usaha membangunkan generasi pemimpin komuniti dan perniagaan. Mereka merupakan pemimpin akademik yang mengkagumkan serta ahli industri yang berpengalaman. Mereka berkongsi dengan anda pengalaman, kepakaran, dan pengertian mereka yang luas. Memandangkan nisbah pelajar kepada fakulti yang rendah, anda akan mempunyai akses langsung dengan mereka.
Jaminan Kualiti Akademik
Jawatankuasa Akademik Program sangat unik kepada UTM Razak School
Jawatankuasa Akademik program terdiri daripada ahli fakulti sendiri bersama dengan ahli industri. Matlamat utama jawatankuasa ini adalah untuk mendefinisikan dan mengesahkan kandungan sukatan pelajaran program yang ditawarkan oleh UTM Razak School. Panel ini menyumbang kepada pembangunan standard yang diiktiraf di peringkat akreditasi MQA dan antarabangsa. Ianya bertujuan untuk menyokong pendidikan pengurusan perniagaan dengan memastikan ketekalan program dan keperluan sebenar industri.
Belajar dan Bina Jaringan
Rakan sekelas anda adalah seperti anda; sedang bekerja/berniaga dan sibuk menguruskan keluarga
Mereka terdiri daripada kerani, pembantu am, pegawai dan juga pengurus yang sedang tertugas. Di bawah adalah antara syarikat yang mereka wakili: